Saturday 23 June 2012

Assalamualaikum. Wee lamanya tak menconteng kat sini. Okayy,harini nak share sedikit pasal pengalaman sendiri. Mula-mula sekali nak cakap awai-awai,entry ne bukan bertujuan riak,takbur,membuka pekung di dada,tidak sama sekali okayy. Sekadar nak berkongsi cerita je. Harap takde yang salah paham okayy.


Oryte nak tanya,kat sini berapa ramai yang jadikan membaca Al-Quran sebagai amalan harian?? Mesti tak ramai kan?? Ye laa kekangan masa. Yang student,sibuk dengan kelas. Yang bekerja,sibuk dengan tugas. Tapi tahu tak,kita tak boleh jadikan hal dunia sebagai alasan untuk kita lupakan hal akhirat. Ha'ah,memang kita tahu tapi kita tetap buat kan?? Manusia,memang macam tu. Aku pon sama.



Tu Al-Quran aku. Al-Quran yang Ma suruh bawak masa mula-mula aku jejakkan kaki kat bumi Ipoh ne. Sekarang,dah hampir setahun lebih aku kat sini,banyak tu je aku dah baca. Tadi aku tengok,setakat hari ini,hanya 152 helai muka surat je aku baca. Weyy setahun lebih baca 152 helai je?? Ya Allah,hinanya aku rasa. Novel tebal-tebal seminggu pon boleh habes dah,Al-Quran kenapa tak boleh?? Padahal Al-Quran lagi banyak kebaikkan & mukjizat di dalamnya. Ruginya aku selama ne kan??

Pernah suatu ketika,kalaw tak salah aku,sama ada aku dalam Form 5 or aku baru habes SPM. Tak ingat. Aku pergi rumah pengasuh aku tyme kecik-kecik dulu. Kira macam mak angkat dah laa. Tyme kecik-kecik dulu,dia yang ajar aku dengan adek-adek aku mengaji. Okayy sambung cerita. Tyme tu Maghrib. Dia cakap lama Makdah tak ajaq mengaji. Jom mengaji malam ne. Aku pon on je laa,padahal aku dah lama gila tinggal Al-Quran. Dekat 2 tahun rasanya.

So lepas Maghrib,aku pon amek Al-Quran then bersimpuh laa depan dia. Teka apa jadi?? Aku bukak Al-Quran,aku baca Bismillah,lepas tu aku terdiam. Kenapa?? Aku tak boleh nak sebut ayat pertama dalam Al-Quran tu langsung. Dekat 5 minit aku terkedu. Makdah tanya aku,kenapa?? Lepas tu air mata aku berlinang,aku cakap kat dia aku tak boleh sebut ayat pertama tu. Lidah aku kelu. Makdah datang kat aku,aku tak ingat dia urut belakang aku ke or kat dada aku,lepas tu dia suruh istighfar. Lama jugak,baru aku okayy & baru aku boleh sebut ayat tu.

Peristiwa tu memang menginsafkan. Tak lama lepas tu,Ma panggil seorang Ustazah datang rumah suruh ajar aku & adek-adek mengaji. Ma pon join mengaji. Sampai hari ne,Ustazah tu still berkhidmat untuk kami. Dah hampir 3 tahun rasanya. Alhamdulillah sekarang ne,aku selalu baca walawpon tak banyak. Start 2 minggu lepas,aku dah tetapkan,paling kurang sehari aku kena baca 2 helai. Selalunya aku baca lepas solat tapi tak tetap laa lepas solat apa. Aku taknak terlepas pahala & faedah percuma yang Allah S.W.T sediakan untuk aku. 

Aku betul-betul nak berubah kali ne. Taknak memaen dah. Kejap buat,kejap tak. Hari-hari aku berdoa pada Dia,agar aku diberi hidayah & ketetapan iman. Aku nak istiqomah dalam apa yang aku buat. Aku dah nekad. Mungkin aku tak boleh berubah secara drastik,tapi aku akan cuba step by step. Aku harap sangat sesiapa yang baca ne,jom sama-sama perbaiki apa yang patut. Jadikan baca Al-Quran tu sebagai satu rutin. Jangan jadi macam aku dulu. Okay??

No comments:

Post a Comment