Saturday 28 April 2012

Assalamualaikum. Hee cerita ne dah lama sebenarnya tapi baru harini aku rasa nak share dengan korang. Ye laa sepanjang aku cuti sem ne,baru harini aku betol-betol duduk rumah tak keluar ke mana. Sempat laa nak update bebyy blog aku yang baru ne. Lama tak jengah dia. Hewhew :D . Actually aku nak share rasa terharu aku dengan korang. Ce korang tengok gambar kat bawah ne ;



aku menangeh baca benda ne.sies (':

Sumpah aku tak sangka ada orang nak inbox aku macam apa yang akak ne buat. Sumpah wehh. Dengan tak kenal semua. Sumpah terharu ohh. Tak sangka ada orang tertunggu-tunggu status update aku semua. Duhh nak menanges rasa ohh (': . To Kak Ida,thanks atas segala pujian,ingatan akak kat Wani. Maluu cek. Haha :D . Semoga kita boleh jadi kawan baek sampai bebila. InsyaAllah. Amin  

Monday 23 April 2012

Kem Bina Diri SK Kampong Selamat

Assalamualaikum. Wee 20-21 April haritu,aku teman Fafat pergi jadik fasilitator. Best jugak aa,tapi letih sikit. Haa laa handle bebudak darjah 3 sampai 6. Perangai sekoq-sekoq menguji. Nak cerita panjang tak larat. Biar gambar menceritakan segala-galanya naa.


sampai terus buat kerja.baguihh dak?? :D


big boss. kenal pagi,malam dah boleh jadik geng :D


pijak dik jangan tak pijak :D


acha bersama anak-anak beliau :D


gelung "elektrik" laa sangat :D


orang pertama rasmi kolam.bapak malu -..-'


fasi turut terkena "tempias" bila bebudak tak lepas :D


my group,pendeta za'ba.i miss 'em (':



Thursday 19 April 2012

Assalamualaikum!! Haa nampak dak excited kemaen aku tuleh?? Alhamdulillah 18hb April 2012 aku dah selesasi final untuk sem ne. Malam tu jugak aku balek Penang. Excited!! Haha :D . Aku malas nak update lagi blog sebenaqnya. Yaa laa,baru balek kot,mana nak ada cerita sangat. Tapi bila baca wall post awek kesayangan aku tu,aku pon update laa. Kirah,aku terharu hang follow blog ne. Hewhew :'D



aku terharu terok kirah :'D

So aku pon tunaikan laa hajat dia kan. Aku update ne demi hang taw dak?? :D . Okayy harini macam biasa laa,bila dah ada kat Penang,tugas wajib Abah bagi kat aku ialah hantar & ambik adik kat sekolah. Well,kalaw dia tak suruh pon aku akan buat jugak. Aku memang kakak & anak yang baek. Kbaii haha :D . Okayy lepas hantar adik semua,aku teros pergi rumah kakak angkat aku, Kak Linda. Kak Linda ne anak pengasuh aku tyme kecik dulu. Dulu dia laa dok jaga aku tyme kecik. Hee .Dia baru lepas beranak. Rumah dia tak jauh pon,sies depan rumah aku. Tapi sebab taman dia dengan kuarters aku ne dipisahkan dengan pagar,so aku kena pusing keluar pagar utama kuarters semua dulu baru laa sampai rumah dia,dalam 5-10 minit centu. Sampai-sampai aku terkam bebyy dulu. Baek sangat,diam takde bunyi budak ne. Rasa macam nak gigit hidung dia :D


atoto tomeyynyaaa bebyy kak wani ne,macam akak jugak.haha :D

Comel kan?? Muka macam Walid dia masa kecik. Macam kakak sulung dia pon ada jugak. Ehh lupa nak bagitaw nama. Si kecik ne nama dia Tareeq Rayhan Ahmad bin Tareeq Naufal. Haa hamekkaw nama taknak kalah :D . Bapak dia tu mix arab sikit. Sikit tak sikit laa kan,banyak laa jugak mix dia tu. Tu sebab nama kemaen Arab. Lagi satu dah jadi tradisi,anak perempuan kena ada 'Siti',sebab Ummi diorang ne nama Siti Haslinda. So kakak si Rayhan ne,sorang nama Siti Nabila Ayuni,sorang lagi Siti Diyana Hasanah. Yang lelaki pulak kena ada 'Tareeq' sebab Walid dia nama Tareeq Naufal. Perghh panjang gila aku explain -..-' . Kirah aa ne punya pasal,nak aku update sangat. Hamekk hang :D .

Esok kena bangon awal,ada medical check-up kat Hospital Seberang Jaya. Dia nak check luka operate dah sembuh tak. Semoga takde apa-apa esok. Aku dah letih sangat ulang alik pergi sana. Sumpah. Ma cakap after this if benda tu berulang lagi,nak try KPJ Penang pulak sebab hospital kerajaan ne taw je laa,buat halal balai kata orang utara. Actually masa nak operate dulu memang Ma nak register aku ke KPJ dah,tapi aku taknak. Duit untuk operate tu baek belikan aku sebijik lagi ViVa lagi bagus. Swasta kan. Okayy laa nak gerak dulu,mandi solat semua. Babaiii :D

Sunday 1 April 2012

Bidadari Dunia [HD].mp4

Assalamualaikum. Lately kalaw bukak News Feed kat FB ramai orang share video ne. Memula aku tengok diorang share,memang aku tak minat langsung nak tekan play. Sies. Tambah pulak line berokbangbangbang ne macam dengan siput sedut patah kaki lagi,memang tak aa aku nak tengok kan. Jenoh 3 hari aku nak kena tunggu dia loading kang -..-' .

Then tadi,lepas Maghrib takde ape nak buat,aku bukak YouTube. Aku ade bookmark satu page,lagu "With You" cover by Raef. Dia tukar lirik lagu asal nyanyian Chris Brown tu jadi lirik yang macam nasyid sikit. Best,syahdu je dengar. Tengah syok layan,kat tepi tu dia ada laa suggest video-video laen kan. Tup tup aku terpandang laa video "Bidadari Dunia" ne. And kalaw korang nak tahu,for da first tyme,aku sabar tunggu video tu loading. Berkali-kali aku connect disconnect broadband nak bagi laju. Alhamdulillah at last aku dapat tengok jugak.

Air mata aku bergenang jugak masa tengok. Aku terfikir,aku dok cakap nak berubah,nak berubah. Tapi effort aku sikit sangat. Nak tak nak je buat. Sampai bila aku nak tunggu kan?? Mana nak taw esok lusa aku mati ke,tak sempat aku nak berubah. Sementara hidup lagi ne,sementara Allah dah bagi kesedaran,aku kena cepat. Mulai harini,aku dah target,aku nak berubah dalam masa 30 hari dari 1 April 2012. Aku dah buat list dah. Ada 10 benda yang aku nak ubah. Semoga Allah permudahkan langkah aku. Korang doakan aku eh. Amin~


House Of WAGS ♥

Assalamualaikum. Wee lama sangat aihh tak update. Aku busy tahap terokkk baqq angg. Lagi nak final,lagi bersepah extra class,lagi bertimbun assignment,lagi melambak test & kuiz. Nak berak pon tak sempat taw. Jenoh tahan sampai sembelit. Okayy hina sangat statement tu -..- . But Alhamdulillah,aku dapat tempuh semua dengan tenang dan jayanya. Hewhew. Sekarang tinggal satu jaa beban toinkk atas kepala,test Mikroekonomi Rabu ne. Lepas tu aku boleh balek Penang dengan tenang dan amannya untuk 5 hari. Yeayy loikeee :D


Hari Jumaat haritu aku dengan kengkawan pergi Eco Part,Taman Botani,Ipoh untuk siapkan assignment Marketing kami. Entah laa,aku sebenarnya tak berapa sure jugak whether kami berjimba atau siapkan assignment,sebab memang kami ceriaaa gila. And berposing takde kena mengena dengan assignment punya skop pon. Tak percaya?? Ce korang tengok gambaq-gambaq kat bawah ne. Tak larat aihh aku nak menaip dahh -.-'



mempersembahkannnn *dumdumdum bunyi orang ketok dram*
HOUSE OF WAGSSSSSSSS 



orang penting HOUSE OF WAGS 


my feberetttt picture!!pretty ohsemmmm ayte?? :D


muka sebekkk dok terkangkang.okayy bajett -..-'

Sebenaqnya ada banyakkkkk lagi gambaq. Tapi aku malaihh dah nak upload. Hewhew. Alhamdulillah pagi tadi kami dah present produk kami,and Puan cakap okayy even aku berdebat jugak tadi dengan dia. Dia suka cari gaduh dengan aku ohh -..-' . Aku taktaw laa. Tetiap kali kelas OB dengan Marketing,mesti kena gaduh. Kadang-kadang rasa macam dok training debat. Haa laa depa keja nak pangkah aku je. Yang aku pulak jenis melawan,haa sepadan laa kan :D . So dats all for todayy. Nyte peeps