Saturday, 7 July 2012

Assalamualaikum. Wahh lamanya tak mencoret kat sini. As usual,busy dengan dunia. Hewhew. Haritu ada seorang mamat text aku. Kami ne boleh dikira rapat laa. Rapat sebagai kawan. Kawan yang rapat. Haha :P . Okayy cerita dia macam ne. Mamat ne agak soo-sial,okayy tak baek panggil orang sial. Mamat ne agak sosial sikit. So bila dia kawan dengan aku yang tak berapa reti nak bersosial terok-terok ne,dia rasa macam aku ne dah baek gila. Macam aku ne suci gila tak pernah buat salah. Dia selalu panggil aku perempuan alim lah,ustazah lah. Seriously,aku tak suka. Tak,aku bukan rasa hina bila orang panggil macam tu. Tapi aku rasa aku tak layak digelar macam tu. Aku pon bukan baek sangat.


Pi baca wall FB aku nuhh. Ada kaa orang alim share pasal cinta yang tak halal kat wall dia?? Baca pulak personal blog aku. Hahh bahasa paling hina apa yang aku tak guna?? Dalam Islam mana ada istilah "couple". tapi aku couple je. Alim ke macam tu?? Kemon laa kemon. Aku ne kurang serba serbi kot. Umur dah 20 baru nak belajar jadi manusia. Sumpah wehh. Tak tipu. Aku jadi baek sikitttt ne pon sebab cepat tersedar dari kelalaian dunia. Kalaw dok hanyut lagi,taktaw apa jadi kat aku sekarang ne. Memang laa kan seronok ada orang nampak kita baek tapi tanggungjawab besar kot bila orang dah panggil macam tu.


Adab kena jaga. Pantang buat salah sikit,ada je yang mengata. Ye lah dah orang gelar kita "budak alim" kan. So diorang expect kita ne perfect manjanggggg laa. Gelak kena control. Gelak kena gelak slow-slow je. Ye lah kau alim kot. Gila kau nak gelak berdekah-dekah. Tapi sebenarnya kalaw tak alim pon mana elok gelak kuat-kuat. Aku bagi contoh je. Nak terang tak reti. See,berat tak tanggungjawab orang alim?? Berat kan?? Tu contoh je laa. Sebenarnya ada benda lagi berat untuk mereka yang digelar "alim" ne. Pandai-pandai laa fikir sendiri. Tu laa kita kena betul-betul bersedia kalaw nak digelar yang baek-baek oleh public. Ini tak. Depan public kemaen kau cakap pom pang pom pang pasal agama. Sembahyang tunggang terbalek semua. Tapi belakang public,nahh mengangkang kat rumah tengok gusti. Sembahyang yang wajib pon tak buat,sunat apatah lagi. 


Tak perlu kot bajet warak depan orang ramai semata-mata nak orang panggil kita alim. Weyy munafik weyy. Dosa taw mempergunakan agama. So satu je laa aku nak pesan. Kalaw aku,or kawan-kawan korang nak berubah ke satu tahap yang lebih baek, contoh daripada tak berstokin,dah mula berstokin,daripada tak bertudung dah bertudung,jangan laa panggil diorang alim ke apa. Satu,sebab takut diorang salah paham. Kot laa diorang ingat korang perli ke kan. So nanti diorang malu ke,down ke,diorang tak jadi berubah. Haa acaner?? Dua,sebab diorang tak selesa. Ye laa baru merangkak nak baca alif ba ta,kau dah panggil alim. Gila apa.


Teruskan support kawan-kawan yang nak berubah tu. Kalaw kita join berubah sekali lagiiii bagus. Renung-renungkan dan selamat beramal!!

No comments:

Post a Comment