Saturday, 23 June 2012

Assalamualaikum. Wee lamanya tak menconteng kat sini. Okayy,harini nak share sedikit pasal pengalaman sendiri. Mula-mula sekali nak cakap awai-awai,entry ne bukan bertujuan riak,takbur,membuka pekung di dada,tidak sama sekali okayy. Sekadar nak berkongsi cerita je. Harap takde yang salah paham okayy.


Oryte nak tanya,kat sini berapa ramai yang jadikan membaca Al-Quran sebagai amalan harian?? Mesti tak ramai kan?? Ye laa kekangan masa. Yang student,sibuk dengan kelas. Yang bekerja,sibuk dengan tugas. Tapi tahu tak,kita tak boleh jadikan hal dunia sebagai alasan untuk kita lupakan hal akhirat. Ha'ah,memang kita tahu tapi kita tetap buat kan?? Manusia,memang macam tu. Aku pon sama.



Tu Al-Quran aku. Al-Quran yang Ma suruh bawak masa mula-mula aku jejakkan kaki kat bumi Ipoh ne. Sekarang,dah hampir setahun lebih aku kat sini,banyak tu je aku dah baca. Tadi aku tengok,setakat hari ini,hanya 152 helai muka surat je aku baca. Weyy setahun lebih baca 152 helai je?? Ya Allah,hinanya aku rasa. Novel tebal-tebal seminggu pon boleh habes dah,Al-Quran kenapa tak boleh?? Padahal Al-Quran lagi banyak kebaikkan & mukjizat di dalamnya. Ruginya aku selama ne kan??

Pernah suatu ketika,kalaw tak salah aku,sama ada aku dalam Form 5 or aku baru habes SPM. Tak ingat. Aku pergi rumah pengasuh aku tyme kecik-kecik dulu. Kira macam mak angkat dah laa. Tyme kecik-kecik dulu,dia yang ajar aku dengan adek-adek aku mengaji. Okayy sambung cerita. Tyme tu Maghrib. Dia cakap lama Makdah tak ajaq mengaji. Jom mengaji malam ne. Aku pon on je laa,padahal aku dah lama gila tinggal Al-Quran. Dekat 2 tahun rasanya.

So lepas Maghrib,aku pon amek Al-Quran then bersimpuh laa depan dia. Teka apa jadi?? Aku bukak Al-Quran,aku baca Bismillah,lepas tu aku terdiam. Kenapa?? Aku tak boleh nak sebut ayat pertama dalam Al-Quran tu langsung. Dekat 5 minit aku terkedu. Makdah tanya aku,kenapa?? Lepas tu air mata aku berlinang,aku cakap kat dia aku tak boleh sebut ayat pertama tu. Lidah aku kelu. Makdah datang kat aku,aku tak ingat dia urut belakang aku ke or kat dada aku,lepas tu dia suruh istighfar. Lama jugak,baru aku okayy & baru aku boleh sebut ayat tu.

Peristiwa tu memang menginsafkan. Tak lama lepas tu,Ma panggil seorang Ustazah datang rumah suruh ajar aku & adek-adek mengaji. Ma pon join mengaji. Sampai hari ne,Ustazah tu still berkhidmat untuk kami. Dah hampir 3 tahun rasanya. Alhamdulillah sekarang ne,aku selalu baca walawpon tak banyak. Start 2 minggu lepas,aku dah tetapkan,paling kurang sehari aku kena baca 2 helai. Selalunya aku baca lepas solat tapi tak tetap laa lepas solat apa. Aku taknak terlepas pahala & faedah percuma yang Allah S.W.T sediakan untuk aku. 

Aku betul-betul nak berubah kali ne. Taknak memaen dah. Kejap buat,kejap tak. Hari-hari aku berdoa pada Dia,agar aku diberi hidayah & ketetapan iman. Aku nak istiqomah dalam apa yang aku buat. Aku dah nekad. Mungkin aku tak boleh berubah secara drastik,tapi aku akan cuba step by step. Aku harap sangat sesiapa yang baca ne,jom sama-sama perbaiki apa yang patut. Jadikan baca Al-Quran tu sebagai satu rutin. Jangan jadi macam aku dulu. Okay??

Monday, 11 June 2012

Assalamualaikum. Okayy harini bukan nak bajet baek ke apa pon lah kan. Just terasa nak share sesuatu. Pendek je entry kali ne. Okayy korang kalaw tengok something yang ohsemm secara spontan mulut korang akan terkeluar ayat cenggini kan -->


"Perghh cantik sial!!"
"Mak aihh,lawaaa gilaaa"
"Bapak ahh,lawa nak mampus!!"

Betul tak?? Habes semua mak bapak anak bini abang adek semua naek -.-' . Toksah dok muhong laa. Aku pon sama je :D. So sekarang apa kata kita ubah. Dari dok cakap benda-benda mengarut mencarut macam tu,baek kita cakap "Subhanallah,indahnya ciptaan Allah". Dapat jugak pahala :D . Bukan apa,kita kena latih diri kita cakap semua tu. Kalaw buat sekali sekala memang tak laa nak jadi rutin. Cuba dah buat selalu,mesti hari-hari kita sebut kan?? Bukan "Subhanallah" je kita kena latih bercakap. "MasyaAllah","Alhamdulillah" and banyak lagi laa kan kita kena cuba ringankan mulut untuk ucap. 


So apa kata kita cuba latih mulut kita cakap semua tu. Tapi pastikan sesuai laa word yang korang nak cakap tu dengan situasi yang terjadi. Jangan laa tengok orang saket ke tetibe mulut cakap "Alhamdulillah". Kena ke?? -.-' . Aku pon takde laa bagus mana tapi sekarang tengah cuba praktis cakap semua tu. Tak syok nak berubah sorang-sorang kan. Jom berubah sama-sama?? InsyaAllah kita semua boleh :)

Sunday, 3 June 2012

Jungle Trekking (Bukit Mertajam) ♥

Whoaaa lama gila babeng tak update sini. Wee. Aku ada 2 blog. Blog lagi satu agak personal so tumpuan aku lebih ke blog sana. Hewhew. Okayy tadi siang aku dengan adek-adek aku pergi jungle trekking. Seumur hidup,sepanjang 20 tahun ne,tak pernah aku rabat (daki) Bukit Mertajam tu. Setakat rabat bukit rendah-rendah selalu laa. Harini entah macam mana entah aku nak ikot pulak bila diorang ajak.

Kebetulan semalam keluar makan McD dengan Yen. Hoho Yen belanja. Mekaseh Yen laplap ♥ . Masa pergi McD tu aku bawak Angah dengan kengkawan dia. Lepastu diorang sembang-sembang pasal jungle trekking. Entah macam mana Angah cakap kat dia Abang Yen jom laa ikot sekali. Dan paling tak sangka Yen pon haa okayy. Woww senang gila ajak mamat ne. Hewhew maka kami pon pergi laa ke Cherok Tok' Kun untuk merabat Bukit Mertajam.


ne selepas 10 minit mendaki.muka cool lagi :D


dengan hero-hero saya yang tak putus-putus bagi semangat suruh saya mendaki sampai ke puncak ♥


mana ada orang jungle trekking sampai bukak kasot.aku sorang jaa -..-'

Malangnya aku tak sampai ke puncak pon. Haha. Lagi 20 minit nak sampai,aku surrender. Kaki aku dah melecet terokk. Aku tak pakai stoking kot. Okayy menyesal T_T . Cangak laa aku kat bawah tu dekat setengah jam tunggu diorang semua turun dari puncak. Korang memang hebakk. Yen lagi lagi lagi laa hebakk. Dia naek macam takde perasaan je. Orang laen semua jalan,dia jogging kot. Dah laa tu,bila aku letih dia suruh berpaut kat beg dia and dia usung aku. Aku berat kot!! Wuu sayang hang Yen. Lebiulebiu ♥ . Lepas ne kalaw cuti nak pi memanjat lagi,TAPI BUKAN BUKIT MERTAJAM DAH!! Saket peha aku >.<