Friday 18 May 2012

My Perodua Story ♥

Assalamualaikum. Hari Selasa haritu,aku takley tidur. Dalam pukul 4 pagi centu,aku stalk laa blog-blog mana yang aku rasa berkenan. Masa tengah stalk blog Hanis Zalikha (Kau kenal tak?? Blogger & model yang femous amous kat Malaya ne?? Alaa yang berlakon as Tish dalam cerita "Memberku Hawa" kat TV3 tu),aku terbaca pasal Perodua My Story tu. Ohh yaa,ne link yang dia share pasal cerita Perodua dia tu. Rajen-rajen laa kelik --> Hanis Zalikha . Lepas tu aku pon mula laa mengarot mencarot karang cerita. Ne laa cerita yang aku kongsi dengan mereka tu ;


" Aku mempunyai sebuah Perodua Kancil,manakala Puan Emak pula memiliki sebuah Perodua ViVA. Al-kisahnya,Kancil aku dulu tu Puan Emak yang punya. Tapi sebaik saja aku berjaya mendapat lesen memandu pada usia 18 tahun,Puan Emak terus menukar hak milik sang Kancil itu atas namaku. gumbira tak terkira,sebab pada usia 18 tahun aku dah ada kereta atas nama sendiri woo. Kau ada?? Haha. Sejak Kancil tu ditukar ke nama aku,Encik Abah banyak berhabis untuk mencantikkan lagi beliau. Encik Abah cakap,"Abah nak bagi kereta elok-elok,Abah tak mampu. Abah harap,bila Abah dah buat kereta ni elok-elok,kakak selesa. Jaga Kancil ni baik-baik". Sumpah,sebak aku dengar Encik Abah cakap macam tu. Wuu. Sang Kancil tu banyak berjasa pada aku. Disebabkan saiz beliau yang kecil,aku senang nak masuk parking. Yeay!! Bila dah lama pakai Kancil,terasa bosan pulak. Niat di hati memang nak jual Kancil tu selepas dah 4 tahun aku melanyak beliau. Tapi kawan-kawan aku menghalang. Mereka cakap mereka sayang kereta tu. Ehh ehh,kereta aku ke kereta kau sekarang?? Ye laa,mungkin sebab kereta tu yang selalu mengangkut diorang pergi berfoya-foya,tu yang jatuh sayang tu. Paling tak boleh tahan,ada yang mengugut nak putus sahabat dengan aku kalau aku jual sang Kancil tu. Mak aihh,seram gila dengar. Lalu aku pon batalkan laa niat nak jual beliau. Suatu hari,kami sekeluarga pulang ke kampung halaman Encik Abah di Seri Manjung,Perak. Pada petang yang tenang dan angin pulak sepoi-sepoi bahasa tu,Encik Abah mengajak kami pergi ke Bilik Pameran Perodua Manjung untuk melihat model MyVi Woo Oo Oo Lagi Best Woo Oo Oo dari dekat. Sejurus kami sampai di sana,Puan Emak tiba-tiba menunjukkan reaksi yang tidak dijangka-jangka. Puan Emak cakap dia nak beli Perodua ViVA sebijik,memandangkan Kancil kesayangan beliau telah diserahkan kepada aku. Aku dengan Encik Abah berpandangan sambil berkata serentak,"Hai Puan Emak,biaq betoii??". Belum sempat Encik Abah memberi respon,Puan Emak dah pun pergi ke kaunter membayar wang untuk booking RM150!! Woww satu tindakan yang berani disitu. Selepas dua minggu,Puan Emak pun menerima laa sang ViVA tersebut. Sejak kami memiliki ViVA,Encik Abah sering memandu beliau ke mana-mana sahaja disebabkan faktor minyak yang sangat menjimatkan. Bayangkan,full tank dengan hanya RM60,ulang-alik Penang-Ipoh cuma turun 2 tank sahaja. Ini sangat gila. Selain itu,Perodua ViVA sangat selesa walaupun saiznya kecil. Encik Abah memang dah jatuh cinta dengan sang ViVA sampai kereta MPV nya diabaikan. Suka aku kongsikan disini,yang salah seorang bapa saudara aku juga mempunyai perodua Alza. Setiap kali aku berjumpa dengan dia,akan aku culik sang Alza tu untuk pergi meronda. Memang sedap bawak Alza. Pheww. Pendek cerita,tak kira laa,Kancil ke,ViVA ke,Alza ke,aku sekeluarga memang selesa dengan produk Perodua. Perodua Terbaikkk!! ♥ "



gambar yang aku attach sekali. tetibe ada Toyota pulak kat tengah -.-'

Tu laa ceritanya. Even aku rasa cerita pasal Perodua sikit je,merapu yang lebih,tapi aku puas,dapat share pengalaman aku. Lepas aku submit karangan aku ne,check email tup tup Pengarah Urusan Perodua hantar thanks laa apa semua. Terharu aiii. Korang bila lagi?? :D