Sunday, 1 April 2012

Bidadari Dunia [HD].mp4

Assalamualaikum. Lately kalaw bukak News Feed kat FB ramai orang share video ne. Memula aku tengok diorang share,memang aku tak minat langsung nak tekan play. Sies. Tambah pulak line berokbangbangbang ne macam dengan siput sedut patah kaki lagi,memang tak aa aku nak tengok kan. Jenoh 3 hari aku nak kena tunggu dia loading kang -..-' .

Then tadi,lepas Maghrib takde ape nak buat,aku bukak YouTube. Aku ade bookmark satu page,lagu "With You" cover by Raef. Dia tukar lirik lagu asal nyanyian Chris Brown tu jadi lirik yang macam nasyid sikit. Best,syahdu je dengar. Tengah syok layan,kat tepi tu dia ada laa suggest video-video laen kan. Tup tup aku terpandang laa video "Bidadari Dunia" ne. And kalaw korang nak tahu,for da first tyme,aku sabar tunggu video tu loading. Berkali-kali aku connect disconnect broadband nak bagi laju. Alhamdulillah at last aku dapat tengok jugak.

Air mata aku bergenang jugak masa tengok. Aku terfikir,aku dok cakap nak berubah,nak berubah. Tapi effort aku sikit sangat. Nak tak nak je buat. Sampai bila aku nak tunggu kan?? Mana nak taw esok lusa aku mati ke,tak sempat aku nak berubah. Sementara hidup lagi ne,sementara Allah dah bagi kesedaran,aku kena cepat. Mulai harini,aku dah target,aku nak berubah dalam masa 30 hari dari 1 April 2012. Aku dah buat list dah. Ada 10 benda yang aku nak ubah. Semoga Allah permudahkan langkah aku. Korang doakan aku eh. Amin~


No comments:

Post a Comment