Sunday, 18 March 2012

Kakak Rindu Abah..

Assalamualaikum. Tadi Ma text cakap Abah tak sehat. Abah tu jarang sangat saket tapi sekali dia saket,memang lemah gila. Ma cakap jangan risaw tapi sumpah aku risaw. Ye laa,aku jauh kot. Actually kalaw aku dekat pon aku bukan boleh buat apa tapi sekurang-kurangnya Abah kat depan mata aku. Takde laa aku nak risaw sangat. Lepas Ma text tu,aku call Ma. Aku borak-borak dulu dengan Ma then baru suruh Ma pass handphone dekat Abah. Bukan apa, aku ne cengeng. Dengan Abah ne aku laen macam sikit. Takyah cakap banyak aa,cukup sekadar dia cakap "Assalamualaikum kakak" je pon,dah boleh buat hostel aku banjir ohh. Ee malunya cerita benda ne kat korang. >.<


Ingat dulu tyme kecik-kecik,Abah mana boleh berpisah dengan anak-anak dia. Opah nak bawak balek kampung pon dia tak bagi kalaw dia tak balek sekali. Siap dia umpan kami adek-beradek cakap nak bawak pergi jalan laa,beli mainan laa,itu laa,ini laa,punya takmaw bagi kami balek kampung. Penyudahnya,lepas Opah tak jadi bawak kami,janji hanya tinggal janji. Takde maknanya dia nak bawak pi jalan segala tu. Semua tu omongan kosong semata-mata dan kami adek-beradek pon tertipu laa dengan game dia >.< . Dah naek besar sikit, still dia takley berpisah dengan kami. Masa aku form 1,aku masuk asrama. Abah tak bagi,tapi aku degil,aku pergi laa jugak. Konon nak berdikari. Konon laa kan -..- . Sempat laa sebulan,aku blahh. Tak tahan wehh dok hostel!! Homesick terok!! Haha. Terus tukar sekolah harian. Hewhew :D . Masa abeh form 3,again,dapat offer sekolah teknik,SMT Kuala Kangsar,pon Abah tak bagi jugak. Habes sekolah,dapat UiTM Pulau Pinang. Haa yang ne dia bagi pi sebab sekangkang kera jaa dari rumah. Aku dok hostel betol-betol tyme nak tidoq jaa. Kira macam hostel tu tempat tidoq aku je laa. Siang,habes kelas,balek rumah. Petang baru Abah hantar balek hostel. Hikhik :D .



ma dengan abah yang ohsemm 


Tapi disebabkan aku lalai,banyak maen-maen,aku kantoi paper Math. Malas nak repeat punya pasal,aku quit UiTMPP. Entah macam mana,tetiba offer KPTM Kuala Lumpur sampai. Hamekk sekali dapat,KL nokk. Memang tak laa Abah nak lepas. Tapi kalaw dah jenis keras kepala kan,aku pergi jugak aa. Abah taknak hantar woo. Aku pergi dengan Uncle aku je. Sedih siot. Dua minggu kat situ,aku quit lagi. Bukan suka-suka,tapi sebab course tu takde kelulusan MQA kebenda entah,aku tak ingat. Aku taknak cakap course apa,kang KPTMKL saman aku pulak. Memula aku dengar rumous je. Lepas tu aku call sendiri MQA,and diorang sah kan benda tu. So tunggu lagi,blah laa kan. Aku blah slow-slow. Housemates aku taw-taw aku dah hilang je. Hakhak :D .


4 bulan aku nganga kat rumah without doing anything. Bosan. Lepastu entah macam mana entah,aku terbaca iklan pasal UTM SPACE. Aku cakap dekat Abah,then Abah cakap okayy esok kita  pergi. Esok tu kami pon pergi laa. Kena interview itu ini blaa blaa blaa,check result SPM yang macam hampeh tu semua,lepastu baru laa dia tanya aku nak pilih kampus yang mana. Dia cakap course yang aku pilih (Diploma in Technology Management),kat kolej bersekutu pon ada,kat UTM SPACE kampus antarabangsa kat Jalan Semarak,KL pon ada. Tobatt laa Abah tak bagi pergi kan. So bincang punya bincang,belek punya belek,aku pilih laa Institut Teknologi PERAK kat Ipoh ne. Abah suka kemain. Ye laa,adek-beradek dia bersepah kat Perak. Kampung aku pon kat Manjung je. Penang - Ipoh pon 2 jam je. Memang dia bagi sangat laa aku sambung sini kan. Tapi seingat aku sepanjang aku dok sini takde pon pakcik makcik aku mai tengok -..- . So itu laa ceritanya bagaimana aku boleh tercampak dekat Ipoh yang aku tak berapa suka ne. Upss orang Ipoh,sorry. Aku cuma berlaku jujur ~.~' .

Paling takley lupa,tyme aku operate. Nak-nak masa yang first operation dulu. Abah dah risaw tahap ape dah sebab aku dalam operation theatre dekat 3 jam. Aku pulak lepas keluar dari OT tu,boleh tersenyum-senyum sambil buat peace. Abah punya marah laa. Dia cakap kamu tu jangan terlompat-lompat blaa blaa blaa. Sampaikan aku nak bawak kertas result operation tu pon dia tak bagi. Hakhak :D . Operation kedua lagi styleee,dia tak bagi aku balek selagi tak sembuh. Gila. Maw sebulan nak tunggu aku fully recovered. Abah cuti seminggu woo nak jaga aku punya pasal. Terharu aku (': .


Tudiaa aihh. Nak cerita pasal Abah,tercerita pasal laen pulak. Hakhak :D . Aku kalaw dah boleh menulis memang tak sedar terbebel panjang. Sorry laa naa. Tapi serius aku rindu Abah. Tak kira apa jadik pon,study week nanti aku nak balek Penang jugak-jugak!! Abah tunggu kakak taw!!



gambaq 2 tahun lepas tapi tak kira nak bohh jugak.like father like daughter.i loveyouuu abah 

No comments:

Post a Comment